Kelas Asas Pemasaran Menggunakan Facebook

15 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Julai 2019 (Ahad), Pusat Internet Batu Sapi telah membuat dua Kelas Asas Pemasaran Menggunakan Facebook pada sesi pagi dan petang. Kelas ini dijalankan selama 3 jam di ruangan meja latihan PI Batu Sapi.

Peserta kelas ini diwajibkan untuk mempunyai profile facebook tersendiri untuk memudahkan mereka memahami fungsi utama media sosial ini dijalankan. Aktiviti ini bertujuan untuk mendidik peserta bagaimana hendak membina “Facebook Page” dan menguruskannya.

Kelas ini juga mengajar peserta untuk membuat pin lokasi perniagaan mereka di dalam google map. Mereka diajar untuk membuat pin lokasi ini adalah untuk memudahkan pelangan menemukan lokasi perniagaan mereka sama ada menggunakan aplikasi Grab ataupun menggunakan kenderaan sendiri.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali