Latihan Self-Development Social Media Marketing

17 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Julai 2019, Pengurus dan Penolong Pengurus Pusat Internet Digi Sandakan telah menjalani latihan self-development Social Media Marketing dari En Redzuan Jamal dari Yes Academy. Latihan bermula dari pukul 9.30 pagi sehingga 5.00 petang di Bilik Latihan Pusat Internet Kg Sungai Kayu. Antara PI yang terlibat bersama Pusat Internet Batu Sapi, Pusat Internet Kg Sungai Kayu dan Pusat Internet Botition.

Latihan ini bertujuan supaya pengurus dan penolong pengurus pusat internet dapat meningkatkan lagi idea daripada sebelum ini dengan cara yang betul. Media sosial utama yang dibincangkan adalah mengenai media facebook. Dari latihan tersebut, pengurus dan penolong pengurus dapat berkongsi dari segi pengalaman, kekuatan, kelemahan, dan cabaran yang dihadapai. Pemasaran menggunakan media sosial dengan betul dan efektif, Pusat Internet Batu Sapi boleh di kenali seluruh temapt sama ada dari dalam atau luar Sandakan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali