Pertandingan Kuiz Asas Komputer

28 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 27 Julai 2019 (Sabtu), Pusat Internet Batu Sapi telah mengadakan pertandingan kuiz mengenai asas computer yang telah dipelajari sebelum ini di pusat internet. Aktiviti ini dijalankan selama 3 jam di ruangan meja latihan PI Batu Sapi.

Pertandingan ini menyediakan 5 hadiah kepada pemenang. Peserta hanya boleh menjawab soalan apabila mereka pantas berdiri dan diarahkan untuk menjawab soalan. Antara soalan yang di soal adalah mengenai Mesin Percetakan dan mengenai Pusat Internet Batu Sapi.

Tujuan pertandingan ini adalah untuk menguji daya ingatan mereka mengenai apa yang mereka telah pelajari di Pusat Internet Batu Sapi. Selain itu mereka juga dapat mengeratkan hubungan di antara sesama mereka dan Pusat Internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali