Kejohanan Sukan Boling Padang Pusat Internet Kluster Sandakan

31 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 30 Julai 2019 (SELASA), Pusat Internet Batu Sapi bersama dengan pusat internet seluruh Sandakan telah mengadakan KEJOHANAN SUKAN BOLING PADANG PUSAT INTERNET KLUSTER di kompleks sukan Sandakan pada pukul satu petang sehingga lima petang.

Pertandingan ini dibahagikan kepada tujuh kumpulan yang mewakili setiap pusat internet di Sandakan dan juga daripada SKMM Sandakan. Setiap kumpulan harus menghantar 3 orang peserta untuk menyertai kejohanan ini selaras dengan peraturan permainan Boling Padang.

Tujuan utama kejohanan ini diadakan adalah, untuk mengeratkan lagi hubungan diantara pusat internet di seluruh Sandakan dan juga SKMM Sandakan. Selain itu, peserta juga dapat menimbah pengetahuan yang baru dalam sukan boling padang ini. Akhir sekali, kejohanan ini telah berakhir dengan jayanya dan telah dimenangi oleh Pusat Internet Batu Sapi dengan mendapat Piala Pusingan Pusat Internet dan juga pingat,

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali