Pertandingan Kuiz Pusat Internet Batu Sapi

25 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 24 JANUARI 2020 (JUMAAT), Pusat Internet Batu Sapi telah mengadakan pertandingan kuiz Pusat Internet Batu Sapi. Semua soalan kuiz yang disediakan adalah berhubung kait dengan kelas ICT dan advokasi yang telah dijalankan sepanjang 2019. Kuiz ini dijalankan dengan menggunakan applikasi online KAHOOT bagi memudahkan system pemarkahan tanpa ada perasaan pilih kasih.

Pertandingan ini menyediakan 3 hadiah utama dan 10 sagu hati kepada pemenang. Peserta hanya melihat skrin di hadapan untuk membaca soalan dan pilihan jawapan namun perlu menjawab dengan menggunakan komputer atau telefon untuk mejawab soalan tersebut. Tujuan pertandingan ini adalah untuk menguji daya ingatan dan kefahaman mereka mengenai apa yang mereka telah pelajari di Pusat Internet Batu Sapi mengenai teknologi masa kini. Selain itu mereka juga dapat mengeratkan hubungan di antara sesama mereka dan Pusat Internet Batu Sapi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali